Hari ni kume nak cerite pasal diet kume ler.Udah 7 hari buat diet Atkins.Alhamdulillah boleh bertahan menahan nafsu makan yang teruk bebenor sebelum ni.Sebelum ni buat nota dalam handphone aje.Kali ni nak start tulih dalam blog pulak.
Perkembangan terkini :
Berat asal 05/05/2014 83.60 kg
Berat sekarang 12/05/2014 80.70 kg
Jumlah pengurangan 2.90 kg
Berat sasaran 55.00 kg
Jumlah yang perlu dibuang 25.70 kg
Walaupun tak banyok sangat turunnyer , tapi alhamdulillah berjaya juga turunkan berat.Terima kasih Allah kerana beri kume kekuatan dan istiqomah dalam berdiet ni.
Ok,menu hari ini pulak :
Sarapan :
Telur rebus separuh masak + lada hitam + setitik kicap
Makan tengah hari :
Ayam goreng 1 ketul + ikan keli 1 ekor + tauhu goreng bersama ikan bilis
Makan Malam :
Sosej dibungkus dalam telur dadar + mayonis
Senaman :
Ayor kosong :
3 liter
Good Luck untuk kume....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan